Thursday, 11 February 2016

Gotong Royong "menugal" penduduk kampung Rh. Bak, Sebeliau, Lemanak




Aktiviti gotong royong "menugal" iaitu menanam padi secara bergotong royong oleh penduduk kampung Rh. Bak, Sebeliau Lemanak.


Aktiviti "menugal" atau menanam padi merupakan salah satu aktiviti pertanian sara diri. Bagi penduduk kampung Rh. Bak, Sebeliau, aktiviti "menugal" ini dilakukan secara bergotong royong di antara sanak saudara. Semasa aktiviti " menugal " dijalankan, kaum wanita akan menabur atau meletakkan biji benih padi ke dalam lubang kecil yang telah ditebuh dengan sebatang kayu yang dikenali sebagai " tugal " oleh kaum lelaki. Aktivit " menugal " ini boleh memakan masa selama 1 hari begantung kepada saiz huma individu tersebut. Aktiviti menugal ini diadakan sekali dalam setahun kira-kira dalam bulan Ogos.


Gambar 1, Gambar 2 , Gambar 3, Gambar 4, Gambar 5 & Gambar 6 :

Kaum wanita saling membantu untuk memasukkan beras pulut ke dalam buluh. Pulut merupakan makanan wajip orang kampung semasa aktiviti menugal dijalankan. Selepas masak, pulut boleh dimakan dengan mencicah dengan gula atau susu pekat. Makanan tradisional lain masyarakat Iban yang wajip ada semasa aktiviti menugal juga ialah bubur kacang hijau yang dimasak dengan pelbagai cara dan perisa. Selaian itu, makanan seperti ayam pansuh iaitu ayam yang dimasak menggunakan buluh  juga salah satu makanan yang sentiasa ada ketika menugal. Tiga jenis makanan ini merupakan antara makanan wajip yang akan ditemui semasa aktiviti menugal di adakan.



                          
                            


                             





Gambar 7, Gambar 8, Gambar 9 & Gambar 10 :









Gambar  11, Gambar 12, Gambar 13, Gambar 14, Gambar 15, Gambar 16 & Gambar 17 :


Kaum wanita yang akan bertanggungjawab untuk memasukkan / menyimpan biji benih padi ke dalam lubang kecil yang dikenali sebagai " lubang tugal ". Manakala kaum lelaki akan menggunakan " kayu tugal " untuk membuat lubang kecil tersebut.








Wednesday, 10 February 2016

Air Terjun Wong Sepayang



Wong Sepayang ........


Gambar 1 , Gambar 2, Gambar 3 & Gambar 4 :

Perjalanan menuju ke Wong Sepayang yang mengambil masa kira 1 jam 30 minit dari Kampung Rh. Bak, Sebeliau.















Gambar 5 , Gambar 6, Gambar 7, Gambar 8 , Gambar 9, Gambar 10, Gambar 11, Gambar 12, Gambar 13, Gambar 14 & Gambar 15 :

Keseronokkan mandi manda di Wong Sepayang......


















Sambutan Krismas di Rh. Bak , Sebeliau, Lemanak Lubok Antu


Sambutan Hari Krismas di bersama  Encik Gembar Salat sekeluarga di  Rh Bak, Sebeliau Lemanak, Lubok Antu


Pagi yang ceria Hari Krismas bersama keluarga Encik Gembar. Pelbagai jenis makanan, kuih muih dihidangkan untuk para tetamu.



                                                  
                              


   






























Sambutan Hari Gawai Rh. Bak Sebeliau, Lemanak




Sambutan Hari Gawai di Rh. Bak, Sebeliau Lemanak, Lubok Antu Sarawak pada Tahun 2014.


Gambar 1, Gambar 2 , Gambar 3 & Gambar 4 : 

Sambutan Hari Gawai mengikut tradisi dimana tepat pada Jam 1200 tengah malam, ahli keluarga akan berkumpul secara beramai-ramai untuk melakukan tradisi  " ngirup ai pengayu " & makan-makan.














  
Gambar 5, Gambar 6, Gambar 7 & Gambar 8 :

Suasana Hari Gawai di pagi 1 Jun dimana ahli keluarga dan penduduk kampung berkumpul ramai-ramai dan sama-sama menyambut Hari Gawai.




 
















Sungai Lemanak, Rh Bak, Sebeliau


Sungai Lemanak, Rh. Bak. Sebeliau Lemanak.


Di hadapan Rumah Panjang Rh. Bak, Sebeliau Lemanak terdapat sebatang Sungai yang dikenali sebagai Sungai Lemanak. Sebelum mendapat kemudahan bekalan air bersih, penduduk kampung menjadi Sungai Lemanak sebagai tempat mendapat sumber air untuk kegunaan harian.

Sebelum mempunyai kemudahan jalan raya yang menghubungkan pelbagai kampung, Sungai Lemanak ini dijadikan sebagai jalan penghubung. Ada ketikanya, pelancong-pelancong dari luar negara memilih untuk menaik bot melalui Sungai Lemanak ini untuk sampai ke beberapa buah kampung yang menjadi tumpuan pelancongan.

Air Sungai Lemanak yang jernih, sejuk dan bersih menjadikan Sungai Lemanak istimewa.


         Gambar 1 : Kejernihan air Sungai Lemanak