Sungai Lemanak, Rh. Bak. Sebeliau Lemanak.
Di hadapan Rumah Panjang Rh. Bak, Sebeliau Lemanak terdapat sebatang Sungai yang dikenali sebagai Sungai Lemanak. Sebelum mendapat kemudahan bekalan air bersih, penduduk kampung menjadi Sungai Lemanak sebagai tempat mendapat sumber air untuk kegunaan harian.
Sebelum mempunyai kemudahan jalan raya yang menghubungkan pelbagai kampung, Sungai Lemanak ini dijadikan sebagai jalan penghubung. Ada ketikanya, pelancong-pelancong dari luar negara memilih untuk menaik bot melalui Sungai Lemanak ini untuk sampai ke beberapa buah kampung yang menjadi tumpuan pelancongan.
Air Sungai Lemanak yang jernih, sejuk dan bersih menjadikan Sungai Lemanak istimewa.
Gambar 1 : Kejernihan air Sungai Lemanak



No comments:
Post a Comment